Ikhlas Berdakwah.

Assalamualaikum, w.b.t

  • Kenapa berdakwah perlu ikhlas?

             – Dakwah maksudnya mengajak kepada Islam. Ikhlas pula, melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan daripada sesiapa. Oleh itu, keikhlasan dalam berdakwah itu penting kerana apabila kita berdakwah dengan ikhlas, usaha yang kita lakukan dalam menyeru masyarakat ke arah amal makruf nahyi munkar itu lebih bernilai.

Katakanlah, kalau kita setakat melakukan dakwah itu dengan tidak ikhlas hanya kerana pangkat, sia-sia beb.

Contohnya, kita dilantik menjadi Badar di sekolah. Tugas Badar ni pulak kena bantu ustaz-ustazah dalam menjalankan misi dakwah sekolah. Kita pulak, bila ustaz suruh buat itu ini kita ikut sahaja. Bak kata orang, membuta tuli. Apa kata, kita lakukan arahan ustaz-ustazah itu sekali dengan iltizam?

Apa dia?

“Aku berkerja kerana Allah. Aku melakukan ini semua tidak lain tidak bukan hanya untuk reda Allah. Aku akan cuba ikhlas bukan sebab disuruh.”

Reset mind kita semua. Biar sekarang ni susah sikit nak didik, tapi percayalah dah lama-lama nanti okay.

Ikhlas dalam setiap perkara membantu kita sentiasa mendambakan keredaanNya.

Wallahu’alam.

Advertisements