Blog

” sometimes, a single sujood heals a pain. ”

catnime

Kadang, kehidupan kita ni terlampau bebas dengan kehendak. Itu ingin, ini ingin. Jika tidak dapat apa yang dimahukan, kita membisu dan masam. Terus-terusan kita menyalahkan takdir. Siapa kita untuk pertikai perkara-perkara seperti itu?

Allah tanya dalam surah Ar-rahman berulang kali;

“Maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?”

Tak rasa malu?

Bersyukurlah untuk setiap perkara. Tak salah berkehendak sesuatu, tetapi ingatlah yang Allah jua Maha Berkehendak. Kehendak Tuhan lebih agung. Kita siapa? Hanya hamba.

 

Advertisements

Risiko Menulis.

Dalam menulis ni, ada risiko yang kita kena tanggung. Banyak jenis risiko. Tengoklah pada apa yang kita nukilkan. Apakah genrenya? Apakah isinya? Dan banyak lagi. Posting kali ini bukanlah nak menakut-nakutkan penulis atau menjatuhkan semangat penulis. Cuma untuk peringatan bersama.

Antara risikonya;

  • Menanggung dosa

Baik menanggung dosa sendiri ataupun orang lain. Sebab apa? Baiklah mari kita fokus pada perkara asas iaitu niat kita menulis. Pada dasarnya, menulis ini hanya sekadar minat, hobi dan keinginan dalam meluahkan rasa ataupun ingin berkongsi. Namun ada juga yang menulis untuk menjatuhkan, memburukkan orang dan menyebarkan fitnah. Ingat, fitnah bukan pada mulut sahaja ya.

Nah, ini lah risikonya.

Bila kita menulis sebab nak jatuhkan orang, kita akan berdosa malahan yang membaca juga akan berdosa. Lebih menakutkan, kita yang menanggung dosa mereka.

Sebab itu, kalau mahu menyampaikan apa-apa siasat dulu apa yang kita mahu bagi dan ura-urakan. Penting juga kita kenal niat kita. Adakah Allah reda dengan apa yang kita buat itu? Adakah manusia sekeliling reda?

  • Dikritik Orang

Haa, bila kita menulis risiko lainnya akan dikritik orang. Sebab manusia ni perangai ada macam-macam. Bukan semua sekepala dengan kita. Macam dalam kes yang saya alami sendiri, ada penulis yang dituduh menciplak atau memplagiat karya penulis lain. Walaupun, kita bermati-matian mempertahankan bahawa kita yang berpenat lelah memerah otak mencari idea tidak tidur sepanjang malam.

Sebabtu, kadang ada penulis yang berhenti ditengah jalan.

  • Ucapan tak sama dengan perbuatan

Haa, ini pun bahaya. Kadang kita tulis macam tu macam ni, tapi lain dengan tindakan. Manusia akhir zaman ni lain, dia akan korek segala kesalahan kita. Bila jadi perkara macam ni senang sajalah kita dihentam dan diprovok.

“tulis ilmiah tapi diri sendiri ke laut.”

dan lain-lain ancaman. Walaupun kita kata, aku masih dalam proses ke arah tu. Mereka tak akan percaya. Tapi, apa kita perlu buat? Husnuzon sajalah. Kita lebih tahu apa tujuan utama kita menulis dan mahu sampaikan kepada orang. Mungkin perkongsian kita tu dapat menginsafkan orang lain dan menjadi punca pahala diberikan. Kita tak tahu kan?

Banyak lagi risiko menulis sebenarnya, tapi mampu hurai tiga sahaja. Mungkin ada part 2. Kita nantikan sajalah ye.

Wallahu’alam.

Sebarang kesilapan sila tegur. Kata ukhuwah islamiyah.

Ikhlas Berdakwah.

Assalamualaikum, w.b.t

  • Kenapa berdakwah perlu ikhlas?

             – Dakwah maksudnya mengajak kepada Islam. Ikhlas pula, melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan daripada sesiapa. Oleh itu, keikhlasan dalam berdakwah itu penting kerana apabila kita berdakwah dengan ikhlas, usaha yang kita lakukan dalam menyeru masyarakat ke arah amal makruf nahyi munkar itu lebih bernilai.

Katakanlah, kalau kita setakat melakukan dakwah itu dengan tidak ikhlas hanya kerana pangkat, sia-sia beb.

Contohnya, kita dilantik menjadi Badar di sekolah. Tugas Badar ni pulak kena bantu ustaz-ustazah dalam menjalankan misi dakwah sekolah. Kita pulak, bila ustaz suruh buat itu ini kita ikut sahaja. Bak kata orang, membuta tuli. Apa kata, kita lakukan arahan ustaz-ustazah itu sekali dengan iltizam?

Apa dia?

“Aku berkerja kerana Allah. Aku melakukan ini semua tidak lain tidak bukan hanya untuk reda Allah. Aku akan cuba ikhlas bukan sebab disuruh.”

Reset mind kita semua. Biar sekarang ni susah sikit nak didik, tapi percayalah dah lama-lama nanti okay.

Ikhlas dalam setiap perkara membantu kita sentiasa mendambakan keredaanNya.

Wallahu’alam.

Wattpad

Laman ini memudahkan anda ‘menerbitkan’ karya anda secara online. Penggunaan yang mudah dan mesra pengguna ini telah dimiliki oleh beratus ribu atau juta manusia di Malaysia ini berdasarkan kategori tidak kira umur.

Kebanyakan pemilik akaun ini adalah remaja sekitar 15 tahun dan ke atas.

Paling tua mungkin dalam 40-an begitu.

Memang bagus untuk anda yang suka membaca dan menulis cerita. Mana tahu anda teringin nak jadi penulis buku?

Di sini memang banyak penerbitan buku mencari perintis baru untuk meluaskan lagi genre dan pengetahuan anak muda di samping kemajuan negara pada masa kini.

Setakat ini, sudah banyak kawan-kawan admin di sana menerbitkan buku sendiri baik novel ataupun cerpen dan lain-lain penulisan.

Admin pula rasa nak jadi sebahagian daripada mereka.

Jadi, mahu tunggu apa? Jom daftar sekarang.

jom. tekan sini. daftar wattpad.

 

 

alkisah bm.co

This is the excerpt for your very first post.

“jom kita buat page nak?!”

Aku mengurut dagu. Ada bernas juga apa yang dicadangkan oleh kawan aku tu. Jadi, aku setuju sahaja. Kawan aku itu pun terus buat apa yang patut. Set up nama lah, profile picture semua dan bila dah settle, kawan aku ni jadikan kami admin untuk post randomness dekat page tersebut.

Alhamdulillah, follower masa tu adalah dalam seratus lebih.

cop, cop.

Masuk empat tahun kami dalam tu. Tak adalah aktif sangat kami ni. dan sekarang dah tukar nama. Ingat nak start balik.

Thanks, support.